MEREKA AKAN HADIR SBG SOKONGAN. ANDA BAGAIMANA?

Kita bersatu atas nama kemanusiaan. Kita bersatu menentang sekatan yang dikenakan ke atas Gaza. Justeru ayuh kita bersama berjalan beramai-ramai (Big Walk4Gaza) bagi membuka mata dunia bahawa kita sebagai rakyat Malaysia menentang keras sebarang tindakan yang melampaui norma kemanusiaan. Kita akan diiringi oleh 400 orang pemain kompang yang akan turut serta berjalan bersama!

Dengan izin Tuhan, kita mengharapkan agar sasaran seramai 10,000 orang akan bersama-sama dalam Program Amal Walk4Gaza ini.

Saksikan juga promo secara langsung dalam rancangan Apa Kata Wanita pada hari Sabtu, 4hb Disember 2010 jam 12.00 tengahari di TV1 bersama belia Palestin, Derek dan Jenny Graham (Kapten Kapal Rachel Corrie) dan Yasin dengan lagu terbaru khas untuk Palestin.

Terima kasih kepada NGO, agensi, syarikat dan para penyumbang yang sudi menghulurkan bantuan bagi menjayakan program ini. Penyertaan dan sumbangan anda amat kami harapkan bagi mengisi Tabung Gaza...

Aksesori dan cenderahati FREE GAZA seperti baju, bandana, mafla dan lain-lain turut disediakan di kaunter pendaftaran Walk4Gaza. Daftar awal bagi mengelakkan kesesakan kerana ianya terhad. Kaunter pendaftaran akan mula dibuka bermula jam 9 pagi, Sabtu, 11.12.2010 di hadapan Masjid Putrajaya.

Antara NGO, Agensi dan mereka  yang telah memberi pengesahan akan hadir dalam Big Walk4Gaza : Jejak Iktiraf Kemanusiaan Untuk Gaza ialah :

 1- Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM)
 2- GAPROF
 3- PERSADA
 4-Gabungan NGO Malaysia
 5- Majlis Belia Malaysia (MBM) 
 6- Skuad Sayang WANITA UMNO Malaysia
 7- PEMUDA BN
 8- PUTERI UMNO
 9- AMAN Malaysia
10- Wira PERKASA
11- 4Justice
12- Kelab Sahabat Bina Negara
13-PEWARIS
14-PERMANIS
15-KARISMA
16-KRIM
17-GPMS
18-HALUAN
19-GERAK
20-PUSAKA
21-Kelab Rakan Muda
22-Kelab Bermotor Selangor
23-PGLNS
24-PERSADA
25-ERAT
26-BUDI
27- Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PPSM)
28-Kolej Komuniti Malaysia
29-Kolej Poly-Tech MARA (KPTM)
30-Kolej UTM Space
31-Lim Kok Wing
32-KYSS
33-IPTA dan IPTS
34-Agensi Kerajaan dan Swasta
35-Persatuan-persatuan penduduk sekitar Selangor, Wilayah dan Putrajaya
36-Rumah Anak-Anak Yatim sekitar Selangor dan Wilayah
37-Kolej MAHSA
38- Persatuan Belia Juruterbang Muda Malaysia
39- Rakan Muda PJS
40- MyVi Crazy Club
41- Kelab Bermotor Selayang dan Gombak
42- Dan lain-lain

Antara tokoh dan seniman yang akan turut hadir :
 1- Menteri dan Timbalan
 2- Ketua Bahagian, Yang Berhormat dan AJK Bahagian
 3- Barisan Exco PEMUDA dan PUTERI UMNO
 4- Dato Jefrey Din, Dato Aziz Satar dan seniman
 5- Ramli Sarip, Hatan, Yasin, Zamzarina, Abon dan lain-lain
 6- Sukarelawan Mavi Marvara dan belia Palestin
 7- Artis-artis Nasyid dan Akademi Fantasia
 8- Imam Muda
 9- KSU-KSU Kementerian
10-Pengarah-pengarah Jabatan Agensi Kerajaan
11-CEO agensi-agensi swasta
12-Lain-lain orang perorangan

JUMPA DI SANA. INGAT, SABTU, 11 DISEMBER 2010, JAM 5 PTG.....

PEMBEBASAN SEKATAN KE ATAS GAZA : TANGGUNGJAWAB SEMUA!

Sekatan yang dikenakan ke atas Gaza adalah diluar batas nilai dan norma kemanusiaan. Bantuan ke atas Gaza adalah tanggungjawab semua pihak. Usaha Pertubuhan Keamanan Dunia Perdana (PGPO) yang menganjurkan "Persidangan Antarabangsa mengenai Gaza, Memecahkan Sekatan : Semangat Rachel Corrie dan Mavi Marmara" pada 11.07.2010 di di Dewan Tun Razak Satu, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur telah menghimpunkan 1,500 orang aktivis, ahli politik dan akademik dari seluruh dunia.

Pegawai Hubungan Luar Parlimen Gaza, Ir. Mohammed D.Radwan ketika berucap pada  persidangan tersebut berkata, rakyat Gaza yang hidup dalam serba kekurangan merayu bantuan masyarakat antarabangsa untuk membela nasib mereka.

''Namun jeritan kami penduduk Gaza tidak dapat didengar kerana Israel menutup Gaza dari dunia luar. Untuk mengatasi keadaan ini lebih banyak kapal bantuan kemanusiaan seperti Mavi Marmara dan Rachel Corrie perlu dilaksanakan. Sebuah pelabuhan perlu dibina di Gaza untuk menghubungkan Gaza dengan dunia luar," katanya lagi.

Sementara Ketua Misi Bantuan Kemanusiaan Kapal Rachel Corrie, Derek Graham berkata, tindakan Israel menyekat Gaza dari dunia luar menyebabkan 1.5 juta penduduk Gaza hidup dengan sistem pembentungan yang tidak sempurna dan disalurkan ke laut Gaza. Derek dan Jenny Graham, sukarelawan PGPF akan bersama-sama menyertai Program Amal Walk4Gaza yang akan diadakan pada 11.12.2010 di Putrajaya nanti.

''Biarpun mengetahui sistem pembentungan Gaza disalurkan ke laut tersebut nelayan Gaza terpaksa menangkap ikan di laut yang sama kerana mereka tidak ada pilihan lain. Tindakan Israel seperti satu pembunuhan kaum secara perlahan ke atas warga Gaza.

''Lebih banyak misi kapal bantuan kemanusiaan perlu dihantar ke Gaza selepas ini supaya situasi kehidupan di Gaza dan kekejaman Israel dapat menarik perhatian masyarakat antarabangsa," katanya.

Derek Graham
Graham turut mencadangkan supaya negara dunia Arab bersatu dalam memperjuangkan isu Palestin untuk memberikan tekanan yang lebih kuat.

''Dunia Arab mampu menjadi kumpulan yang kuat jika mereka bersatu kerana negara-negara ini mengeluarkan lebih 90 peratus daripada hasil minyak dunia," jelasnya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Misi Kedutaan Iran di Kuala Lumpur, Dr. M.S.Dolatabadi berkata, serangan ke atas flotila bantuan kemanusiaan ke Gaza umpama serangan ke atas kebebasan dan nilai kemanusiaan.

''Satu-satunya cara untuk berhadapan dengan rejim Zionis ialah sikap tidak mengenal erti putus asa.

Iran menyokong konvoi kemanusiaan yang akan datang ke Gaza. Misi kemanusiaan ke Gaza selepas ini perlu diperkuatkan dengan bantuan perundangan dan politik," katanya yang berucap pada sesi ketiga iaitu Seruan Untuk Tindakan.

Wakil Misi Negara Arab di New Delhi, Dr. Ahmed Salem Saleh Alwahishi melahirkan rasa terkilan kerana hanya selepas tragedi Mavi Marmara masyarakat antarabangsa dapat melihat sedikit perubahan sikap dan inisiatif berhubung isu Palestin di kalangan negara-negara Liga Arab.

''Perubahan sikap yang persepsi berhubung isu Palestin perlu dibayar dengan sebuah tragedi," katanya.

Mavi Marvara yang dikepung Tentera Israel

Sementara Pengerusi Pertubuhan Keamanan Sedunia Perdana (PGPO), Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika menjadi moderator pada sesi terakhir persidangan berkata, beliau ditanya oleh banyak pihak kenapa beliau menganjurkan persidangan berkenaan.


''Ini bukanlah mengenai agama, bukan isu umat Islam dan Yahudi. Ini adalah isu keadilan dan kesaksamaan. Israel sentiasa bebas melakukan apa yang mereka mahu, mereka boleh mengebom, menawan dan menahan rakyat Palestin dan dunia seolah-olah memberikan kelebihan ini kepada Israel. Ini tidak betul.


''Sebuah negara boleh melanggar undang-undang tanpa dikenakan tindakan. Israel menyerang orang awam yang tidak membawa senjata api," katanya.


''Namun apabila Israel melakukan perkara yang sama dengan memaksa kapal bantuan Gaza menukar haluan ke pelabuhan mereka, Israel tidak pula dilabel sebagai lanun. Sehingga ke hari ini kapal misi kemanusiaan yang dipaksa menukar haluan ke Israel masih di sana. Ini satu tindakan jenayah.


''Jika Malaysia menahan kapal-kapal yang lalu di perairan Selat Melaka seluruh dunia pasti akan mengecam Malaysia. Mungkin ada negara yang akan menghantar kapal perang dalam memastikan kapal yang ditahan oleh Malaysia akan dibebaskan," jelasnya.


Tapi, tambah Dr. Mahathir, apabila Israel bertindak tidak ada pihak yang membangkitkan perkara itu dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Ini kerana kuasa besar menyokong Israel.


Beliau berkata, apa yang menimpa Palestin boleh berlaku di Malaysia atau mana-mana negara. Oleh itu kita perlu memberi perhatian kepada isu Palestin.


Tanah orang Palestin dirampas untuk menubuhkan Israel. Apabila rakyat Palestin memilih untuk bertindak secara ganas dalam meluahkan rasa tidak puas hati mereka pula yang dikecam.


''Negara yang paling bertamadun di antara masyarakat sivil yang ada di dunia pun tidak menunjukkan simpati kepada Palestin.


''Dunia pernah membebaskan Afrika Selatan dari dasar apartied dan dunia juga tidak boleh membenarkan sebuah negara apartied untuk terus menindas Palestin.


Perjuangan akan diteruskan. Sekatan Gaza akan ditamatkan. Palestin akan dibebaskan daripada kezaliman Israel," katanya.

Program Amal Walk4Gaza adalah salah satu usaha kita membantu membuka mata masyarakat dunia bahawa sekatan yang dikenakan ke atas Gaza adalah suatu tindakan yang zalim dan di luar batas kemanusiaan. Ayuh bersama kami pada 111hb Disember 2010 di Dataran Masjid Putrajaya!

YABhg Tun Dr. Mahathir, sukarelawan Mavi Marvara, para seniman dan lain-lain akan bersama nanti. Jadi anda bagaimana?

WALK4GAZA BERSAMA YABHG TUN DR. M

Program Amal Walk4Gaza, jam 5 ptg, Sabtu 11hb Disember 2010, Dataran Masjid Putrajaya

LATAR BELAKANG PROGRAM AMAL WALK4GAZA

PENDAHULUAN

Malaysia merupakan sebuah negara yang aman dan harmoni walaupun rakyatnya terdiri daripada pelbagai kaum, budaya dan agama. Kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya merasa bertuah dan bersyukur kerana berada di sebuah tanahair yang bebas merdeka dan dapat menikmati keselesaan kehidupan tanpa sebarang sekatan dan halangan.

Namun, di saat menikmati kehidupan yang harmoni ini seharusnya juga kita melihat kepada sesetengah rakyat negara lain yang masih merintis dalam sejuta kepayahan dan kesusahan bagi memperjuangkan tanahair sendiri, ancaman bencana alam, peperangan dan sebagainya.

Sejarah dunia menyaksikan lebih enam dekad rakyat Palestin hidup sebagai pelarian di bumi sendiri. Mereka tidak mempunyai cara lain untuk berjuang dan mendapatkan kembali bumi mereka. Rakyat Palestin ditindas, dihina dan dikenakan pelbagai sekatan di tanahair sendiri. Tetapi perjuangan warga Palestin untuk mendapatkan tanah air mereka kembali tidak akan berakhir. Sebaliknya, ia melahirkan sesuatu yang baru dan negara Barat memilih untuk menamakannya sebagai keganasan.

Musuh masyarakat Palestin menyangka mereka boleh memadamkan semangat warga Palestin, itu adalah tanggapan yang salah sama sekali. Masyarakat Palestin tidak pernah menyerah, sebaliknya semangat mereka bertambah kuat dari sebelumnya.

Baitulmaqdis yang dikenali sebagai Al-Quds merupakan kota suci ketiga bagi umat Islam. Ia menjadi kiblat pertama umat Islam dan merupakan tanah yang diturunkan ramai para Nabi sebagai utusan. Kota itu juga dianggap sebagai kota suci bagi penganut agama Kristian dan Yahudi.

Konflik Asia Barat bermula pada 1967 apabila Israel menyerang Palestin dan menawan Baitulmaqdis. Israel turut merampas tanah rakyat Palestin di Baitulmaqdis termasuk kota lama yang menempatkan Masjid al-Aqsa.

Membebaskan Baitulmaqdis bererti mengembalikan bumi Palestin kepada warga Palestin. Kita perlu menjelaskan kepada masyarakat dunia bahawa tidak ada pihak yang boleh menghalang rakyat Palestin daripada hidup secara aman di tanah air mereka sendiri seperti apa yang kita nikmati di bumi Malaysia ini.

Kita mempunyai peranan yang besar, walaupun tanpa perlu mengangkat kaki melangkah ke bumi Gaza. Lakukanlah segala pertolongan dan bantuan semaksima yang boleh agar kita tergolong dari kalangan mereka yang berjuang mempertahankan bumi Palestin, bumi wakaf umat Islam yang ditinggalkan oleh pejuang terdahulu untuk kita bebaskan dari kekejaman. Yakinlah bahawa kita semua akan disoal di akhirat kelak. Rugilah kita jika hanya mendengar dan melihat tanpa disusuli dengan tindakan yang bersungguh-sungguh!

Renungkanlah ayat berikut sebagai amaran dan motivasi kepada kita :

“Dan infaqkanlah sebahagian dari apa yang telah Kami berikan kepadamu sebelum kematian datang kepada salah seorang daripada kamu; lalu dia berkata (menyesali), ‘Ya Tuhanku, sekiranya Engkau berkenan menunda (kematian)ku sedikit waktu lagi, maka aku dapat bersedeqah dan aku termasuk orang-orang yang soleh.’” [Surah Al-Munaafiqun ayat ke-10]

Justeru, penganjuran program ini adalah untuk menunjukkan keprihatinan kita sebagai rakyat Malaysia yang mengutuk keras sebarang kekejaman dan kezaliman yang dilakukan ke atas penduduk Gaza.

Program "Walk4Gaza : Jejak Iktiraf Kemanusiaan Untuk Gaza” sebagai keprihatinan kita untuk kelangsungan kehidupan masyarakat Gaza.


OBJEKTIF

1- Menunjukkan kepada masyarakat dunia tentang keprihatinan rakyat Malaysia terhadap sebarang sekatan, kezaliman, kekejaman dan pencerobohan yang dilakukan Israel ke atas penduduk Palestin

2- Memberi kesedaran dan menjadikan rakyat Malaysia sebagai warga yang prihatin tentang segala isu kemanusiaan

3- Mengumpul dana dan sumbangan untuk disalurkan kepada misi kemanusiaan untuk masyarakat Gaza

4- Menyahut seruan murni pihak kerajaan dalam usaha membantu mereka yang memerlukan

5- Mensyukuri nikmat dilahirkan sebagai rakyat Malaysia


PENGANJURAN PROGRAM

Program ini adalah anjuran bersama MBFM dan GAPROF dengan kerjasama :
Perdana Peace Global Foundation (PGPF), MBM, PERSADA, Putrajaya Holding Bhd, Skuad Sayang Wanita Malaysia, PERKIM, UPM, Kolej Poly-Tech Mara (KPTM), Lim Kok Wing, Gabungan NGO Malaysia, AMAN MALAYSIA, PEWARIS, KARYAWAN, Agensi kerajaan, swasta dan NGO


PERASMI PELEPASAN

YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamed
Presiden
Perdana Global Peace Foundation (PGPF)


PAKAIAN

Para peserta digalakkan berpakaian sukan dan memakai baju bewarna putih


TEMPAT DAN TARIKH

Program ini akan diadakan pada 11hb. Disember 2010 (Sabtu) bermula jam 5.00 petang bermula di Dataran Masjid Putrajaya sehingga ke Dataran Pancarona (hadapan Mahkamah Putrajaya)


SASARAN PESERTA

Sasaran peserta yang akan mengikuti program ini adalah seramai 10,000 orang yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur, kaum, agama, bangsa dan negara. Mereka akan diiringi oleh 400 orang peserta kompang.


ATURCARA PROGRAM

Kaunter pendaftaran dan kutipan sumbangan akan bermula pada Hari Jumaat (10.12.10) sehingga Hari Sabtu (11.12.10)

JADUAL HARI SABTU, 11.12.2010

4.25 petang : Solat Asar Berjemaah
5.00 petang : Bacaan Doa dan
Ucapan oleh YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamed
5.15 petang : Pelepasan Big Walk For Gaza
6.15 petang : Dijangka tiba di Dataran Pancarona, Putrajaya
Tandatangan Menyokong Kebebasan Bumi Gaza