PEMBEBASAN SEKATAN KE ATAS GAZA : TANGGUNGJAWAB SEMUA!

Sekatan yang dikenakan ke atas Gaza adalah diluar batas nilai dan norma kemanusiaan. Bantuan ke atas Gaza adalah tanggungjawab semua pihak. Usaha Pertubuhan Keamanan Dunia Perdana (PGPO) yang menganjurkan "Persidangan Antarabangsa mengenai Gaza, Memecahkan Sekatan : Semangat Rachel Corrie dan Mavi Marmara" pada 11.07.2010 di di Dewan Tun Razak Satu, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur telah menghimpunkan 1,500 orang aktivis, ahli politik dan akademik dari seluruh dunia.

Pegawai Hubungan Luar Parlimen Gaza, Ir. Mohammed D.Radwan ketika berucap pada  persidangan tersebut berkata, rakyat Gaza yang hidup dalam serba kekurangan merayu bantuan masyarakat antarabangsa untuk membela nasib mereka.

''Namun jeritan kami penduduk Gaza tidak dapat didengar kerana Israel menutup Gaza dari dunia luar. Untuk mengatasi keadaan ini lebih banyak kapal bantuan kemanusiaan seperti Mavi Marmara dan Rachel Corrie perlu dilaksanakan. Sebuah pelabuhan perlu dibina di Gaza untuk menghubungkan Gaza dengan dunia luar," katanya lagi.

Sementara Ketua Misi Bantuan Kemanusiaan Kapal Rachel Corrie, Derek Graham berkata, tindakan Israel menyekat Gaza dari dunia luar menyebabkan 1.5 juta penduduk Gaza hidup dengan sistem pembentungan yang tidak sempurna dan disalurkan ke laut Gaza. Derek dan Jenny Graham, sukarelawan PGPF akan bersama-sama menyertai Program Amal Walk4Gaza yang akan diadakan pada 11.12.2010 di Putrajaya nanti.

''Biarpun mengetahui sistem pembentungan Gaza disalurkan ke laut tersebut nelayan Gaza terpaksa menangkap ikan di laut yang sama kerana mereka tidak ada pilihan lain. Tindakan Israel seperti satu pembunuhan kaum secara perlahan ke atas warga Gaza.

''Lebih banyak misi kapal bantuan kemanusiaan perlu dihantar ke Gaza selepas ini supaya situasi kehidupan di Gaza dan kekejaman Israel dapat menarik perhatian masyarakat antarabangsa," katanya.

Derek Graham
Graham turut mencadangkan supaya negara dunia Arab bersatu dalam memperjuangkan isu Palestin untuk memberikan tekanan yang lebih kuat.

''Dunia Arab mampu menjadi kumpulan yang kuat jika mereka bersatu kerana negara-negara ini mengeluarkan lebih 90 peratus daripada hasil minyak dunia," jelasnya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Misi Kedutaan Iran di Kuala Lumpur, Dr. M.S.Dolatabadi berkata, serangan ke atas flotila bantuan kemanusiaan ke Gaza umpama serangan ke atas kebebasan dan nilai kemanusiaan.

''Satu-satunya cara untuk berhadapan dengan rejim Zionis ialah sikap tidak mengenal erti putus asa.

Iran menyokong konvoi kemanusiaan yang akan datang ke Gaza. Misi kemanusiaan ke Gaza selepas ini perlu diperkuatkan dengan bantuan perundangan dan politik," katanya yang berucap pada sesi ketiga iaitu Seruan Untuk Tindakan.

Wakil Misi Negara Arab di New Delhi, Dr. Ahmed Salem Saleh Alwahishi melahirkan rasa terkilan kerana hanya selepas tragedi Mavi Marmara masyarakat antarabangsa dapat melihat sedikit perubahan sikap dan inisiatif berhubung isu Palestin di kalangan negara-negara Liga Arab.

''Perubahan sikap yang persepsi berhubung isu Palestin perlu dibayar dengan sebuah tragedi," katanya.

Mavi Marvara yang dikepung Tentera Israel

Sementara Pengerusi Pertubuhan Keamanan Sedunia Perdana (PGPO), Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika menjadi moderator pada sesi terakhir persidangan berkata, beliau ditanya oleh banyak pihak kenapa beliau menganjurkan persidangan berkenaan.


''Ini bukanlah mengenai agama, bukan isu umat Islam dan Yahudi. Ini adalah isu keadilan dan kesaksamaan. Israel sentiasa bebas melakukan apa yang mereka mahu, mereka boleh mengebom, menawan dan menahan rakyat Palestin dan dunia seolah-olah memberikan kelebihan ini kepada Israel. Ini tidak betul.


''Sebuah negara boleh melanggar undang-undang tanpa dikenakan tindakan. Israel menyerang orang awam yang tidak membawa senjata api," katanya.


''Namun apabila Israel melakukan perkara yang sama dengan memaksa kapal bantuan Gaza menukar haluan ke pelabuhan mereka, Israel tidak pula dilabel sebagai lanun. Sehingga ke hari ini kapal misi kemanusiaan yang dipaksa menukar haluan ke Israel masih di sana. Ini satu tindakan jenayah.


''Jika Malaysia menahan kapal-kapal yang lalu di perairan Selat Melaka seluruh dunia pasti akan mengecam Malaysia. Mungkin ada negara yang akan menghantar kapal perang dalam memastikan kapal yang ditahan oleh Malaysia akan dibebaskan," jelasnya.


Tapi, tambah Dr. Mahathir, apabila Israel bertindak tidak ada pihak yang membangkitkan perkara itu dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Ini kerana kuasa besar menyokong Israel.


Beliau berkata, apa yang menimpa Palestin boleh berlaku di Malaysia atau mana-mana negara. Oleh itu kita perlu memberi perhatian kepada isu Palestin.


Tanah orang Palestin dirampas untuk menubuhkan Israel. Apabila rakyat Palestin memilih untuk bertindak secara ganas dalam meluahkan rasa tidak puas hati mereka pula yang dikecam.


''Negara yang paling bertamadun di antara masyarakat sivil yang ada di dunia pun tidak menunjukkan simpati kepada Palestin.


''Dunia pernah membebaskan Afrika Selatan dari dasar apartied dan dunia juga tidak boleh membenarkan sebuah negara apartied untuk terus menindas Palestin.


Perjuangan akan diteruskan. Sekatan Gaza akan ditamatkan. Palestin akan dibebaskan daripada kezaliman Israel," katanya.

Program Amal Walk4Gaza adalah salah satu usaha kita membantu membuka mata masyarakat dunia bahawa sekatan yang dikenakan ke atas Gaza adalah suatu tindakan yang zalim dan di luar batas kemanusiaan. Ayuh bersama kami pada 111hb Disember 2010 di Dataran Masjid Putrajaya!

YABhg Tun Dr. Mahathir, sukarelawan Mavi Marvara, para seniman dan lain-lain akan bersama nanti. Jadi anda bagaimana?

2 comments:

  1. ya..isu gaza, palestina mrupakan isu jihad...dprtggjwb oleh muslimin muslimat...dr pgorbanan nyawa, harta, masa serta aper jua ianya sbg tuntutan wajib dlm islam...tu nun jauh d palestina...

    sy suke skali mrujuk salah satu ayat dlm artikel d atas

    "Sekatan yang dikenakan ke atas Gaza adalah diluar batas nilai dan norma kemanusiaan."

    sy nak tanye, bagaimana pula dgn sekatan bantuan trhdp :

    1) Sekolah Agama Rakyat suatu ktika dahulu
    2) Kerajaan dbwh pntadbiran pmbangkang (shinggga
    skrng?)
    3) Pnindasan harge brg kperluan (api, air, beras
    dll) mlalui sistem pnswastaan?
    4) Jurang org miskin dan kaya yg mlampau shingga
    pndptan RM1500 sbulan d anggap brada dlm
    tegar kmiskinan
    5) Rampasan krajaan ngeri dgn tdk mlalui sistem
    demokrasi pilihanraya?
    6) Membunuh mnzalami ssseorg dgn ssuke ati (ISA)

    dan byk laie jika sy mau mngariskan..agak2 saudara dan shbt2 daku skalian..tdkkah sama tindakan ne dgn aper yg tlh dlakukan oleh yahudi laknatullah ke atas tanah palestina..kini mreka mau mrogol tanah kpunyaan Lubnan pula...fikir2kanlah...

    ReplyDelete