SAYANGI MALAYSIA. SELAMATKAN PALESTIN!

Zionis bunuh 5 pejuang Palestin

GAZA CITY 19 Dis. - Lima pejuang Palestin terbunuh dalam serangan pesawat tentera Israel di Genting Gaza, menurut sumber dari pihak berkuasa Palestin dan Israel, hari ini.

Kejamnya Rejim Zionis
Serangan itu merupakan yang terburuk sejak Israel melancarkan serangan terhadap kerajaan Hamas di Gaza yang berlarutan sehingga 22 hari bermula pada penghujung Disember 2008 hingga mengorbankan 1,400 nyawa rakyat Palestin yang kebanyakkannya adalah orang awam.

Saksi berkata, seorang lelaki bersenjata cuba melepaskan tembakan roket ke arah pesawat tentera Israel itu tetapi dia terbunuh apabila tentera rejim Israel terlebih dahulu menembaknya.

Perkhidmatan keselamatan Hamas yang menguasai Gaza mengesahkan kelima-lima mereka yang terbunuh adalah warga Palestin yang berumur dalam lingkungan 20-an dan mereka maut akibat serangan udara yang dilancarkan oleh zionis Israel. - AFP

TERIMA KASIH SEMUA!

Jutaan terima kasih yang tdak terhingga atas sokongan semua pihak bagi menjayakan Program Amal Jejak Iktiraf Kemanusiaan Untuk Gaza - Walk4Gaza pada hari Sabtu yang lalu. Kehadiran lautan manusia yang melebihi 10,000 orang membuktikan bahawa rakyat Malaysia begitu prihatin terhadap kesengsaraan dan masalah sekatan yang berlaku di Gaza. Terima kasih buat para penyumbang dan insan yang bermurah hati menghulurkan sumbangan bagi Tabung Kemanusiaan Gaza. Alhamdulillah, dengan izin dan kuasa Tuhan, segalanya berjalan lancar seperti yang dirancang dengan keadaan cuaca yang cukup baik dan kehadiran serta sambutan menggalakkan daripada semua. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Tun Dr. Mahathir dan Tun Siti Hasmah yang sudi bersama menjayakan program ini. Terima kasih semua...

Terima kasih buat para penyumbang seperti :

01- FELDA
02- MBFM
03- GAPROF
04- Gabungan NGO Malaysia
05- Skuad Sayang Wanita UMNO Malaysia
06- PEWARIS Malaysia
07- Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM)
08- PERMANIS
09- Sime Best Sdn Bhd
10- Gerakan Belia 4B Selayang
11- Kolej Komuniti
12- Kolej Poly-Tech MARA
13- Tradewinds Sdn Bhd
15- Kerajaan Negeri Melaka
14- Dan lain-lain

Kehadiran yang amat membanggakan :

01- Majlis Belia Felda Malaysia, FELDA, GAPROF, PERSADA - 6,000 orang
02- Skuad Sayang Wanita UMNO Malaysia - 2,000 orang
03- Kolej Komuniti - 1,000 orang
04- Belia Bermotor Gombak dan Selayang - 600 orang
05 -Gabungan NGO Malaysia - 500 orang
06- Kolej Poly Tech MARA - 400 orang
07- PERKASA - 300 orang
08- PEWARIS - 300 orang
09- PERMANIS - 240 orang
10- PEMUDA UMNO - 200 orang
11- PUTERI UMNO - 100 orang
12- LKW - 100 orang
13- AMAN/HALUAN/NGO Palestin - 100 orang
14- Kolej MAHSA - 80 orang
15- Kelab Gila MyVi - 80 orang
16- Agensi Kerajaan - 1,000 orang
17- Agensi swasta/Kelab Sukan - 500 orang
18- NGO-NGO - 200 orang
19- Orang perorangan - 1450 orang
20- Rumah Anak-Anak Yatim - 80 orang

Mungkinkah akan ada Walk4Gaza siri 2? Tungguuuuuu!!!!

Ini adalah antara gambar yang sempat dirakam oleh sahabat-sahabat yang hadir dalam program tersebut. Terima kasih dan minta keizinan untuk dipamerkan di sini..
Tun Mahathir, Datuk Ahmad Maslan melepaskan peserta Walk4Gaza

Simbolik penyerahan nombor 001 untuk Tun

Tun masih tegak walaupun sudah berusia 85 tahun

Simbolik kibaran bendera Palestin - Free Palestin

Skuad Sayang Wanita UMNO yang begitu bersemangat

Antara pemimpin NGO yang turut hadir sebagai sokongan kepada FREE Palestin!

Pemimpin NGO bersama Derek Graham, Kapten Kapal Rachel Corrie

Antara ahli Majlis Belia Felda Malaysia yang hadir

Sdra Armand, Ketua Wira Perkasa dan Ayahanda Datuk Paduka Presiden PEWARIS Malaysia

Tun ditemuramah oleh krew RTM

Kumpulan Bloggers  Pro-Kerajaan yang turut hadir memberikan sokongan

Skuad Sayang

Que Haidar turut hadir

Skuad Sayang Wanita UMNO memang prihatin!

Sdra Anuar Manap, Presiden MBFM bersama YB Datuk Ahmad Maslan turut berjalan hingga penghujung

Sukarelawan Palestin yang turut hadir

Walk4Gaza yang dimulai oleh paluan kompang belia FELDA

Semuanya bersemangat demi Gaza

SABTU INI, 11hb DIS. 2010, Jam 4.30 PTG di DATARAN MASJID PUTRAJAYA

MBFM dan GAPROF dengan ini menyeru seluruh rakyat Malaysia, segala parti politik dan semua NGO serta manusia-manusia merdeka di dunia ini, lelaki mahupun wanita, warga tua mahupun muda, kami menyeru mereka untuk sama kita mempamer dan mengungkapkan penolakan secara aman mereka terhadap jenayah tak bertamadun bagi membebaskan sekatan ke atas masyarakat Gaza.

Kami juga menyeru agar kita dapat bersama-sama YABhg Tun. Dr. Mahathir Mohamad, pada hari Sabtu ini, 11hb Disember 2010, jam 4.30 petang di Dataran Masjid Putra, Putrajaya dalam Program Amal JEJAK IKTIRAF KEMANUSIAAN untuk Gaza. Ayuh kita berjalan bersama-sama untuk Gaza(Walk4Gaza) sambil menghulurkan sumbangan ikhlas bagi membuktikan kepada dunia bahawa rakyat Malaysia sangat prihatin atas segala isu yang berlaku di Palestin.

Bersempena dengan kedatangan tahun baru Hijrah, marilah kita sama hadir sebagai tanda sokongan kepada rakyat Gaza yang ditindas namun tetap tabah lagi sabar menghadapi segala penderitaan dan kesengsaraan di bawah tekanan dan sekatan Israel.

Kami juga menyeru semua ahli masyarakat supaya melakukan seruan berterusan untuk mengulangi penyataan kemarahan menentang Zionis yang sebegini, sebagai satu kewajipan akhlak, kemanusiaan, cintakan tanahair dan perundangan.

Ingat dan jangan lupa hari Sabtu ini untuk hadir beramai-ramai membawa keluarga dan kawan. Sambil bersantai juga di KARNIVAL IKTIRAF (pameran, jualan, pertunjukan kereta dan motor, sukan, forum agama, konvensyen, pendidikan dan lain-lain aktiviti menarik untuk anda dan keluarga).

Jutaan terima kasih yang tidak terhingga juga buat JPM, Seranta, Kawal Selia, FELDA, Perbadanan Putrajaya, Kementerian Luar, PGPF, sahabat-sahabat Bloggers ( yg sudi promosi di blog kalian) dan NGO yang sudi menjayakan Program Amal Walk4Gaza ini. Semoga program amal ini akan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Hanya Allah swt yang mampu membalas buat semua yang sudi memberikan kerjasama, perhatian, sumbangan dan bantuan. Terima kasih semua!

Kami bangga dilahirkan sebagai anak Malaysia!

PUTRAJAYA kebanggaan kita! Ingat PUTRAJAYA, ingat WALK4GAZA...Karnival Iktiraf 2010.



LAGU UNTUK GAZA : KAMI PRIHATIN ATAS PENDERITAANMU

Gaza. Mendengar namamu. Menghayati kisahmu sebak terasa. Mengalir air mata melihat kisah penderitaan dan kesengsaraan yang dialami. Ibu yang kehilangan suami dan anak. Si ayah yang kehilangan isteri dan anak. Anak yang kehilangan ayah dan ibu. Nenek yang kehilangan cucu. Ramai yang menderita hidup sebatang kara. Segalanya disekat. Rumah dimusnahkan. Sekadar hidup beralaskan apa yang ada. Makanan dan minuman disekat dan kian kehabisan. Mereka tiada apa-apa untuk dimakan dan diminum. Namun, selain Tuhan kepada siapakah harus mereka mengadu? Kalau bukan kita, kepada siapakah mereka mengharapkan bantuan? Ingat, mereka juga manusia. Saudara seagama.

 LAGU UNTUK GAZA bagi sama kita hayati. Jadilah kita warga Malaysia yang prihatin. Kalau Derek dan Jenny Graham yang berbangsa Irish dan bukan beragama Islam sanggup menghabiskan umur, tenaga mereka demi perjuangan Gaza. APakah kita tidak sanggup menghulurkan sedikit bantuan untuk mereka? Justeru, ayuh bersama kami dalam Walk4Gaza bagi menunjukkan keprihatinan kita! Terima kasih MBFM, terima kasih GAPROF, terima kasih FELDA, terima kasih  Putrajaya Holding, terima kasih PDRM, terima kasih RELA< terima kasih JPAM, terima kasih semua dan anda yang prihatin serta kepada semua yang sudi membantu!

Dengarkanlah LAGU UNTUK GAZA

10,000 TO JOIN WALK4GAZA

PUTRAJAYA: Ten thousand people are expected to take part in a big walk here on this Sturday, Dec 11 in aid of the Palestinians.
The "Big Walk For Gaza" which will include participants from Seranta Felda a unit in the Prime Minister's Department, the Federal Land Development Authority (Felda), GAPROF and Perdana Peace Global Foundation (PGPF) coincides with the "Karnival Ikatan Hati Warga Felda (Iktiraf) 2010".


Felda Youth Council president Anuar Manap said 5,000 of the estimated 10,000 participants along the 3km route would be Felda youth community members.


"We hope that through this walk, we can inject the spirit of patriotism and humanity into the Felda youths," he told reporters here yesterday.

The Felda youth members will be joined by 5,000 people from non-governmental organisations, government agencies and other establishments.


Seranta Felda Director Ehsanuddin Harun Narrashid called on the participants to donate to the Palestinians.


Members of the public who wish to take part should gather at Dataran Masjid Putrajaya at 2pm on Dec 11.


Participants will be flagged off at 5pm by Tun Dr. Mahathir.

SAKSIKAN DI TV1 ESOK, SABTU JAM 12 TGH DLM "AKW"

Jangan lupa untuk saksikan pandangan YABhg Tun Dr. Mahathir, Derek Graham dan remaja Palestin tentang isu semasa berkenaan Gaza dalam rancangan Apa Kata Wanita, TV1 esok, Sabtu, 4hb Disember 2010 jam 12 tengahari. Mereka akan berkongsi pengalaman, semangat dan isu semasa di Gaza secara LIVE dengan para penonton bersempena Walk4Gaza.

MEREKA AKAN HADIR SBG SOKONGAN. ANDA BAGAIMANA?

Kita bersatu atas nama kemanusiaan. Kita bersatu menentang sekatan yang dikenakan ke atas Gaza. Justeru ayuh kita bersama berjalan beramai-ramai (Big Walk4Gaza) bagi membuka mata dunia bahawa kita sebagai rakyat Malaysia menentang keras sebarang tindakan yang melampaui norma kemanusiaan. Kita akan diiringi oleh 400 orang pemain kompang yang akan turut serta berjalan bersama!

Dengan izin Tuhan, kita mengharapkan agar sasaran seramai 10,000 orang akan bersama-sama dalam Program Amal Walk4Gaza ini.

Saksikan juga promo secara langsung dalam rancangan Apa Kata Wanita pada hari Sabtu, 4hb Disember 2010 jam 12.00 tengahari di TV1 bersama belia Palestin, Derek dan Jenny Graham (Kapten Kapal Rachel Corrie) dan Yasin dengan lagu terbaru khas untuk Palestin.

Terima kasih kepada NGO, agensi, syarikat dan para penyumbang yang sudi menghulurkan bantuan bagi menjayakan program ini. Penyertaan dan sumbangan anda amat kami harapkan bagi mengisi Tabung Gaza...

Aksesori dan cenderahati FREE GAZA seperti baju, bandana, mafla dan lain-lain turut disediakan di kaunter pendaftaran Walk4Gaza. Daftar awal bagi mengelakkan kesesakan kerana ianya terhad. Kaunter pendaftaran akan mula dibuka bermula jam 9 pagi, Sabtu, 11.12.2010 di hadapan Masjid Putrajaya.

Antara NGO, Agensi dan mereka  yang telah memberi pengesahan akan hadir dalam Big Walk4Gaza : Jejak Iktiraf Kemanusiaan Untuk Gaza ialah :

 1- Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM)
 2- GAPROF
 3- PERSADA
 4-Gabungan NGO Malaysia
 5- Majlis Belia Malaysia (MBM) 
 6- Skuad Sayang WANITA UMNO Malaysia
 7- PEMUDA BN
 8- PUTERI UMNO
 9- AMAN Malaysia
10- Wira PERKASA
11- 4Justice
12- Kelab Sahabat Bina Negara
13-PEWARIS
14-PERMANIS
15-KARISMA
16-KRIM
17-GPMS
18-HALUAN
19-GERAK
20-PUSAKA
21-Kelab Rakan Muda
22-Kelab Bermotor Selangor
23-PGLNS
24-PERSADA
25-ERAT
26-BUDI
27- Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PPSM)
28-Kolej Komuniti Malaysia
29-Kolej Poly-Tech MARA (KPTM)
30-Kolej UTM Space
31-Lim Kok Wing
32-KYSS
33-IPTA dan IPTS
34-Agensi Kerajaan dan Swasta
35-Persatuan-persatuan penduduk sekitar Selangor, Wilayah dan Putrajaya
36-Rumah Anak-Anak Yatim sekitar Selangor dan Wilayah
37-Kolej MAHSA
38- Persatuan Belia Juruterbang Muda Malaysia
39- Rakan Muda PJS
40- MyVi Crazy Club
41- Kelab Bermotor Selayang dan Gombak
42- Dan lain-lain

Antara tokoh dan seniman yang akan turut hadir :
 1- Menteri dan Timbalan
 2- Ketua Bahagian, Yang Berhormat dan AJK Bahagian
 3- Barisan Exco PEMUDA dan PUTERI UMNO
 4- Dato Jefrey Din, Dato Aziz Satar dan seniman
 5- Ramli Sarip, Hatan, Yasin, Zamzarina, Abon dan lain-lain
 6- Sukarelawan Mavi Marvara dan belia Palestin
 7- Artis-artis Nasyid dan Akademi Fantasia
 8- Imam Muda
 9- KSU-KSU Kementerian
10-Pengarah-pengarah Jabatan Agensi Kerajaan
11-CEO agensi-agensi swasta
12-Lain-lain orang perorangan

JUMPA DI SANA. INGAT, SABTU, 11 DISEMBER 2010, JAM 5 PTG.....

PEMBEBASAN SEKATAN KE ATAS GAZA : TANGGUNGJAWAB SEMUA!

Sekatan yang dikenakan ke atas Gaza adalah diluar batas nilai dan norma kemanusiaan. Bantuan ke atas Gaza adalah tanggungjawab semua pihak. Usaha Pertubuhan Keamanan Dunia Perdana (PGPO) yang menganjurkan "Persidangan Antarabangsa mengenai Gaza, Memecahkan Sekatan : Semangat Rachel Corrie dan Mavi Marmara" pada 11.07.2010 di di Dewan Tun Razak Satu, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur telah menghimpunkan 1,500 orang aktivis, ahli politik dan akademik dari seluruh dunia.

Pegawai Hubungan Luar Parlimen Gaza, Ir. Mohammed D.Radwan ketika berucap pada  persidangan tersebut berkata, rakyat Gaza yang hidup dalam serba kekurangan merayu bantuan masyarakat antarabangsa untuk membela nasib mereka.

''Namun jeritan kami penduduk Gaza tidak dapat didengar kerana Israel menutup Gaza dari dunia luar. Untuk mengatasi keadaan ini lebih banyak kapal bantuan kemanusiaan seperti Mavi Marmara dan Rachel Corrie perlu dilaksanakan. Sebuah pelabuhan perlu dibina di Gaza untuk menghubungkan Gaza dengan dunia luar," katanya lagi.

Sementara Ketua Misi Bantuan Kemanusiaan Kapal Rachel Corrie, Derek Graham berkata, tindakan Israel menyekat Gaza dari dunia luar menyebabkan 1.5 juta penduduk Gaza hidup dengan sistem pembentungan yang tidak sempurna dan disalurkan ke laut Gaza. Derek dan Jenny Graham, sukarelawan PGPF akan bersama-sama menyertai Program Amal Walk4Gaza yang akan diadakan pada 11.12.2010 di Putrajaya nanti.

''Biarpun mengetahui sistem pembentungan Gaza disalurkan ke laut tersebut nelayan Gaza terpaksa menangkap ikan di laut yang sama kerana mereka tidak ada pilihan lain. Tindakan Israel seperti satu pembunuhan kaum secara perlahan ke atas warga Gaza.

''Lebih banyak misi kapal bantuan kemanusiaan perlu dihantar ke Gaza selepas ini supaya situasi kehidupan di Gaza dan kekejaman Israel dapat menarik perhatian masyarakat antarabangsa," katanya.

Derek Graham
Graham turut mencadangkan supaya negara dunia Arab bersatu dalam memperjuangkan isu Palestin untuk memberikan tekanan yang lebih kuat.

''Dunia Arab mampu menjadi kumpulan yang kuat jika mereka bersatu kerana negara-negara ini mengeluarkan lebih 90 peratus daripada hasil minyak dunia," jelasnya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Misi Kedutaan Iran di Kuala Lumpur, Dr. M.S.Dolatabadi berkata, serangan ke atas flotila bantuan kemanusiaan ke Gaza umpama serangan ke atas kebebasan dan nilai kemanusiaan.

''Satu-satunya cara untuk berhadapan dengan rejim Zionis ialah sikap tidak mengenal erti putus asa.

Iran menyokong konvoi kemanusiaan yang akan datang ke Gaza. Misi kemanusiaan ke Gaza selepas ini perlu diperkuatkan dengan bantuan perundangan dan politik," katanya yang berucap pada sesi ketiga iaitu Seruan Untuk Tindakan.

Wakil Misi Negara Arab di New Delhi, Dr. Ahmed Salem Saleh Alwahishi melahirkan rasa terkilan kerana hanya selepas tragedi Mavi Marmara masyarakat antarabangsa dapat melihat sedikit perubahan sikap dan inisiatif berhubung isu Palestin di kalangan negara-negara Liga Arab.

''Perubahan sikap yang persepsi berhubung isu Palestin perlu dibayar dengan sebuah tragedi," katanya.

Mavi Marvara yang dikepung Tentera Israel

Sementara Pengerusi Pertubuhan Keamanan Sedunia Perdana (PGPO), Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika menjadi moderator pada sesi terakhir persidangan berkata, beliau ditanya oleh banyak pihak kenapa beliau menganjurkan persidangan berkenaan.


''Ini bukanlah mengenai agama, bukan isu umat Islam dan Yahudi. Ini adalah isu keadilan dan kesaksamaan. Israel sentiasa bebas melakukan apa yang mereka mahu, mereka boleh mengebom, menawan dan menahan rakyat Palestin dan dunia seolah-olah memberikan kelebihan ini kepada Israel. Ini tidak betul.


''Sebuah negara boleh melanggar undang-undang tanpa dikenakan tindakan. Israel menyerang orang awam yang tidak membawa senjata api," katanya.


''Namun apabila Israel melakukan perkara yang sama dengan memaksa kapal bantuan Gaza menukar haluan ke pelabuhan mereka, Israel tidak pula dilabel sebagai lanun. Sehingga ke hari ini kapal misi kemanusiaan yang dipaksa menukar haluan ke Israel masih di sana. Ini satu tindakan jenayah.


''Jika Malaysia menahan kapal-kapal yang lalu di perairan Selat Melaka seluruh dunia pasti akan mengecam Malaysia. Mungkin ada negara yang akan menghantar kapal perang dalam memastikan kapal yang ditahan oleh Malaysia akan dibebaskan," jelasnya.


Tapi, tambah Dr. Mahathir, apabila Israel bertindak tidak ada pihak yang membangkitkan perkara itu dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Ini kerana kuasa besar menyokong Israel.


Beliau berkata, apa yang menimpa Palestin boleh berlaku di Malaysia atau mana-mana negara. Oleh itu kita perlu memberi perhatian kepada isu Palestin.


Tanah orang Palestin dirampas untuk menubuhkan Israel. Apabila rakyat Palestin memilih untuk bertindak secara ganas dalam meluahkan rasa tidak puas hati mereka pula yang dikecam.


''Negara yang paling bertamadun di antara masyarakat sivil yang ada di dunia pun tidak menunjukkan simpati kepada Palestin.


''Dunia pernah membebaskan Afrika Selatan dari dasar apartied dan dunia juga tidak boleh membenarkan sebuah negara apartied untuk terus menindas Palestin.


Perjuangan akan diteruskan. Sekatan Gaza akan ditamatkan. Palestin akan dibebaskan daripada kezaliman Israel," katanya.

Program Amal Walk4Gaza adalah salah satu usaha kita membantu membuka mata masyarakat dunia bahawa sekatan yang dikenakan ke atas Gaza adalah suatu tindakan yang zalim dan di luar batas kemanusiaan. Ayuh bersama kami pada 111hb Disember 2010 di Dataran Masjid Putrajaya!

YABhg Tun Dr. Mahathir, sukarelawan Mavi Marvara, para seniman dan lain-lain akan bersama nanti. Jadi anda bagaimana?

WALK4GAZA BERSAMA YABHG TUN DR. M

Program Amal Walk4Gaza, jam 5 ptg, Sabtu 11hb Disember 2010, Dataran Masjid Putrajaya

LATAR BELAKANG PROGRAM AMAL WALK4GAZA

PENDAHULUAN

Malaysia merupakan sebuah negara yang aman dan harmoni walaupun rakyatnya terdiri daripada pelbagai kaum, budaya dan agama. Kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya merasa bertuah dan bersyukur kerana berada di sebuah tanahair yang bebas merdeka dan dapat menikmati keselesaan kehidupan tanpa sebarang sekatan dan halangan.

Namun, di saat menikmati kehidupan yang harmoni ini seharusnya juga kita melihat kepada sesetengah rakyat negara lain yang masih merintis dalam sejuta kepayahan dan kesusahan bagi memperjuangkan tanahair sendiri, ancaman bencana alam, peperangan dan sebagainya.

Sejarah dunia menyaksikan lebih enam dekad rakyat Palestin hidup sebagai pelarian di bumi sendiri. Mereka tidak mempunyai cara lain untuk berjuang dan mendapatkan kembali bumi mereka. Rakyat Palestin ditindas, dihina dan dikenakan pelbagai sekatan di tanahair sendiri. Tetapi perjuangan warga Palestin untuk mendapatkan tanah air mereka kembali tidak akan berakhir. Sebaliknya, ia melahirkan sesuatu yang baru dan negara Barat memilih untuk menamakannya sebagai keganasan.

Musuh masyarakat Palestin menyangka mereka boleh memadamkan semangat warga Palestin, itu adalah tanggapan yang salah sama sekali. Masyarakat Palestin tidak pernah menyerah, sebaliknya semangat mereka bertambah kuat dari sebelumnya.

Baitulmaqdis yang dikenali sebagai Al-Quds merupakan kota suci ketiga bagi umat Islam. Ia menjadi kiblat pertama umat Islam dan merupakan tanah yang diturunkan ramai para Nabi sebagai utusan. Kota itu juga dianggap sebagai kota suci bagi penganut agama Kristian dan Yahudi.

Konflik Asia Barat bermula pada 1967 apabila Israel menyerang Palestin dan menawan Baitulmaqdis. Israel turut merampas tanah rakyat Palestin di Baitulmaqdis termasuk kota lama yang menempatkan Masjid al-Aqsa.

Membebaskan Baitulmaqdis bererti mengembalikan bumi Palestin kepada warga Palestin. Kita perlu menjelaskan kepada masyarakat dunia bahawa tidak ada pihak yang boleh menghalang rakyat Palestin daripada hidup secara aman di tanah air mereka sendiri seperti apa yang kita nikmati di bumi Malaysia ini.

Kita mempunyai peranan yang besar, walaupun tanpa perlu mengangkat kaki melangkah ke bumi Gaza. Lakukanlah segala pertolongan dan bantuan semaksima yang boleh agar kita tergolong dari kalangan mereka yang berjuang mempertahankan bumi Palestin, bumi wakaf umat Islam yang ditinggalkan oleh pejuang terdahulu untuk kita bebaskan dari kekejaman. Yakinlah bahawa kita semua akan disoal di akhirat kelak. Rugilah kita jika hanya mendengar dan melihat tanpa disusuli dengan tindakan yang bersungguh-sungguh!

Renungkanlah ayat berikut sebagai amaran dan motivasi kepada kita :

“Dan infaqkanlah sebahagian dari apa yang telah Kami berikan kepadamu sebelum kematian datang kepada salah seorang daripada kamu; lalu dia berkata (menyesali), ‘Ya Tuhanku, sekiranya Engkau berkenan menunda (kematian)ku sedikit waktu lagi, maka aku dapat bersedeqah dan aku termasuk orang-orang yang soleh.’” [Surah Al-Munaafiqun ayat ke-10]

Justeru, penganjuran program ini adalah untuk menunjukkan keprihatinan kita sebagai rakyat Malaysia yang mengutuk keras sebarang kekejaman dan kezaliman yang dilakukan ke atas penduduk Gaza.

Program "Walk4Gaza : Jejak Iktiraf Kemanusiaan Untuk Gaza” sebagai keprihatinan kita untuk kelangsungan kehidupan masyarakat Gaza.


OBJEKTIF

1- Menunjukkan kepada masyarakat dunia tentang keprihatinan rakyat Malaysia terhadap sebarang sekatan, kezaliman, kekejaman dan pencerobohan yang dilakukan Israel ke atas penduduk Palestin

2- Memberi kesedaran dan menjadikan rakyat Malaysia sebagai warga yang prihatin tentang segala isu kemanusiaan

3- Mengumpul dana dan sumbangan untuk disalurkan kepada misi kemanusiaan untuk masyarakat Gaza

4- Menyahut seruan murni pihak kerajaan dalam usaha membantu mereka yang memerlukan

5- Mensyukuri nikmat dilahirkan sebagai rakyat Malaysia


PENGANJURAN PROGRAM

Program ini adalah anjuran bersama MBFM dan GAPROF dengan kerjasama :
Perdana Peace Global Foundation (PGPF), MBM, PERSADA, Putrajaya Holding Bhd, Skuad Sayang Wanita Malaysia, PERKIM, UPM, Kolej Poly-Tech Mara (KPTM), Lim Kok Wing, Gabungan NGO Malaysia, AMAN MALAYSIA, PEWARIS, KARYAWAN, Agensi kerajaan, swasta dan NGO


PERASMI PELEPASAN

YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamed
Presiden
Perdana Global Peace Foundation (PGPF)


PAKAIAN

Para peserta digalakkan berpakaian sukan dan memakai baju bewarna putih


TEMPAT DAN TARIKH

Program ini akan diadakan pada 11hb. Disember 2010 (Sabtu) bermula jam 5.00 petang bermula di Dataran Masjid Putrajaya sehingga ke Dataran Pancarona (hadapan Mahkamah Putrajaya)


SASARAN PESERTA

Sasaran peserta yang akan mengikuti program ini adalah seramai 10,000 orang yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur, kaum, agama, bangsa dan negara. Mereka akan diiringi oleh 400 orang peserta kompang.


ATURCARA PROGRAM

Kaunter pendaftaran dan kutipan sumbangan akan bermula pada Hari Jumaat (10.12.10) sehingga Hari Sabtu (11.12.10)

JADUAL HARI SABTU, 11.12.2010

4.25 petang : Solat Asar Berjemaah
5.00 petang : Bacaan Doa dan
Ucapan oleh YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamed
5.15 petang : Pelepasan Big Walk For Gaza
6.15 petang : Dijangka tiba di Dataran Pancarona, Putrajaya
Tandatangan Menyokong Kebebasan Bumi Gaza