SABTU INI, 11hb DIS. 2010, Jam 4.30 PTG di DATARAN MASJID PUTRAJAYA

MBFM dan GAPROF dengan ini menyeru seluruh rakyat Malaysia, segala parti politik dan semua NGO serta manusia-manusia merdeka di dunia ini, lelaki mahupun wanita, warga tua mahupun muda, kami menyeru mereka untuk sama kita mempamer dan mengungkapkan penolakan secara aman mereka terhadap jenayah tak bertamadun bagi membebaskan sekatan ke atas masyarakat Gaza.

Kami juga menyeru agar kita dapat bersama-sama YABhg Tun. Dr. Mahathir Mohamad, pada hari Sabtu ini, 11hb Disember 2010, jam 4.30 petang di Dataran Masjid Putra, Putrajaya dalam Program Amal JEJAK IKTIRAF KEMANUSIAAN untuk Gaza. Ayuh kita berjalan bersama-sama untuk Gaza(Walk4Gaza) sambil menghulurkan sumbangan ikhlas bagi membuktikan kepada dunia bahawa rakyat Malaysia sangat prihatin atas segala isu yang berlaku di Palestin.

Bersempena dengan kedatangan tahun baru Hijrah, marilah kita sama hadir sebagai tanda sokongan kepada rakyat Gaza yang ditindas namun tetap tabah lagi sabar menghadapi segala penderitaan dan kesengsaraan di bawah tekanan dan sekatan Israel.

Kami juga menyeru semua ahli masyarakat supaya melakukan seruan berterusan untuk mengulangi penyataan kemarahan menentang Zionis yang sebegini, sebagai satu kewajipan akhlak, kemanusiaan, cintakan tanahair dan perundangan.

Ingat dan jangan lupa hari Sabtu ini untuk hadir beramai-ramai membawa keluarga dan kawan. Sambil bersantai juga di KARNIVAL IKTIRAF (pameran, jualan, pertunjukan kereta dan motor, sukan, forum agama, konvensyen, pendidikan dan lain-lain aktiviti menarik untuk anda dan keluarga).

Jutaan terima kasih yang tidak terhingga juga buat JPM, Seranta, Kawal Selia, FELDA, Perbadanan Putrajaya, Kementerian Luar, PGPF, sahabat-sahabat Bloggers ( yg sudi promosi di blog kalian) dan NGO yang sudi menjayakan Program Amal Walk4Gaza ini. Semoga program amal ini akan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Hanya Allah swt yang mampu membalas buat semua yang sudi memberikan kerjasama, perhatian, sumbangan dan bantuan. Terima kasih semua!

Kami bangga dilahirkan sebagai anak Malaysia!

PUTRAJAYA kebanggaan kita! Ingat PUTRAJAYA, ingat WALK4GAZA...Karnival Iktiraf 2010.



No comments:

Post a Comment